LATAR BELAKANG SYARIKAT
Nur FH Resources adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputra di bawah Ahli Kumpulan Maybank yang meyediakan 1 platform bagi orang ramai yang berkeinginan tinggi untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan takaful secara "part time" ataupun "full time" ataupun kepada sesiapa yang masih tercari-cari peluang perniagaan berlandaskan syariah.Nur FH Resources bertapak di 7-2, Jln Impian Mahkota 1,Saujana Impian,43000 Kajang,Selangor.
Ditubuhkan pada 22/10/2008 bertujuan untuk melatih serta membimbing usahawan yang bernaung di bawah Nur FH Resources supaya mempunyai kemahiran perkhidmatan perundingan terbaik serta profesional dalam mendidik masyarakat supaya lebih prihatin tentang kesedaran kepentingan perlindungan takaful serta perancangan kewangan keluarga di hari tua.
Nur FH Resources menawarkan khidmat rundingan secara percuma kepada masyarakat melalui wakil-wakil sah kami untuk menyampaikan maklumat berkaitan produk-produk yang ditawarkan oleh Syarikat Etiqa Takaful berhad.
VISI
Memperkasakan "Usahawan Prihatin" untuk melahirkan jutawan mukmin dalam masa 5 tahun di sektor kewangan takaful.
VISI
Memperkasakan "Usahawan Prihatin" untuk melahirkan jutawan mukmin dalam masa 5 tahun di sektor kewangan takaful.
MISI
Menjadi organisasi korporat yang berjaya bertaraf profesional dalam industri keusahawanan takaful.
OBJEKTIF
- Menawarkan peluang kerjaya dalam bidang keusahawanan Takaful kepada orang ramai
- Melahirkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang kepentingan perlindungan Takaful
- Mewujudkan perhubungan yang baik di antara syarikat, wakil, dan pemegang polisi dengan memberikan khidmat nasihat yang profesional & amanah
- Organisasi yang menjadi contoh kepada organisasi yang lain.
GOLONGAN SASARAN SEBAGAI USAHAWAN
- Tidak tinggal solat 5 waktu
- Berkeinginan tinggi untuk mengubah taraf hidup
- Boleh mendengar arahan selagi tidak melanggar syariah
- Sedia untuk di bimbing & di latih
- Rajin & tidak banyak alasan untuk berjaya
- Bijak menyelesaikan masalah dengan baik
- Kelayakan Akademik minima SPM
No comments:
Post a Comment